Sewa Mobil Surabaya Perdana Rental
Hub cs:031-8721200 - 081 252 666 966 - 031-703 306 61.Sewa Mobil surabaya+Driver mulai rp 225rb

Budidaya Udang Laut

Industri ternakan udang laut di negara ini telah berkembang pesat sejak tahun 1980an. Udang laut ini, kini telah menjadi  hasil ternakan akuakultur yang penting di dalam menyumbang nilai pendaratan akuakultur. Terdapat lebih daripada 10 spesies udang laut yang diternak secara komersial di dalam kolam ternakan di seluruh dunia tetapi udang harimau, Penaeus monodon dan udang putih, Penaeus vannamei merupakan spesies yang paling popular diternak di Malaysia.

Standard Operating Prosedure (SOP) Ternakan Udang Laut ini bertujuan menjelaskan teknik-teknik pengurusan dan kod amalan ternakan udang laut terkini yang perlu diberi perhatian oleh pengusaha dan penternak udang. Ini penting agar usaha mereka dapat meningkatkan pendapatan yang lebih tinggi dan berterusan.

Projek ternakan udang laut dianggap berjaya jika kadar hidup dan pengeluarannya tinggi serta mapan dan tidak merosakkan alam sekitar. Oleh kerana ternakan udang laut adalah satu industri yang dinamik, tekni-teknik ternakan dan pengurusannya senantiasa berubah berubah dan berkembang dari semasa ke samasa.

Penggunaan probiotik merupakan satu perkembangan baru di dalam pengurusan akuakultur. Penggunaan probiotik yang berkesan dapat mengurangkan penyalahgunaan antibiotik serta bahan kimia berbahaya dan mewujudkan suasana alam sekitar yang sesuai.

Oleh itu, sebarang teknik di dalam Standart Operating Prosedure (SOP) Ternakan Udang Laut ini boleh disesuaikan dan dikembangkan mengikut situasi khas ladang.

0 komentar Budidaya Udang Laut

Posting Komentar